MH370, WE WAITING FOR YOUR RETURN. #PRAY FOR MH370 & MH17 victims

TRANSLATE

COLLAGEN ASLI DARI RUMPAI LAUT

Apakah itu Rumpai Laut

Rumpai laut  adalah tumbuhan laut yang kaya dengan pelbagai khasiat yang sangat baik untuk kesihatan dalaman dan luaran tubuh badan. Ianya telahpun meluas digunakan dalam bidang kosmetik dan penjagaan kulit terutamanya wanita yang inginkan penampilan tubuh badan yang menarik dimana rumpai laut adalah sumber collagen tulen dimana hampir setiap wanita tahu akan manfaat collagen.

Rumpai laut yang saya akan perkatakan disini adalah rumpai laut gred "AAA" berwarna unggu dari Semporna Sabah ataupun nama saintifiknya Euchema Cottonii yang merupakan dari jenis yang keempat terbaik di dunia. Ianya telah dikeringkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peket-peket kecil seberat 100grams.

Apa yang ada pada Rumpai Laut?
  • Mengandungi Kolagen10 kali ganda dari sirip ikan Yu
  • Menyamai khasiat sarang burung layang-layang yang jauh lebih mahal 
  • 37 kali ganda Kalsium berbanding hati ikan
  • 550 kali ganda Antioksida berbanding dengan vitamin-C
  • 638 kail ganda Vitamin-A berbanding dengan daging lembu
  • 21 kali ganda Kalsium berbanding dengan susu
  • 2326 kali ganda Omega 3 dan 6 berbanding ikan
  • Zat-zat yang terkandung dalam sayuran seperti Kalsium, Kalium, Zat Besi, Magnesium, Iodine, Potasium dan sebagainya yang membantu dalam proses penjagaan kulit dan juga membantu sistem penghadaman.
Kegunaan Rumpa Laut?
  • Membantu anda mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal
  • Menguatkan tulang dan sendi
  • Meningkatkan sistem imunisasi dan metabolisma dalam badan
  • Memejalkan payudara, dan otot punggung bagi wanita
  • Melicin, menegang dan memelihara kulit
  • Menyembuhkan luka dengan cepat dan menghilangkan parut
  • Menyihatkan rambut dan kuku
  • Melambatkan tanda-tanda penuaan
  • Mengelakkan masalah sembelit
  • Mencegah penyakit kanser/barah, tumor dan juga merawat sakit gout
  • Membantu menurunkan tekanan darah tinggi (bagi pesakit darah tinggi)
  • Menyerap lebihan garam dalam badan
  • Membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah (bagi pesakit kencing manis)
  • Menyahkan toksin dalam badan
Cara Penyediaan (sepeket 100g)

  1. Keluarkan rumpai laut yang telah dikeringkan. Cuci dengan air sebanyak 5-6 kali bagi membuang kotoran dan juga garam
  2. Selepas bersih, rendamkan rumpai laut tersebut selama 5-6jam, ataupun tinggal semalaman. Ianya akan mengembang ke bentuk asalnya. (air rendaman ini bagus juga untuk merendam kaki bagi yang mengalami kulit kaki pecah)
  3. Cuci 5-6 kali lagi dan toskan. Didihkan air panas sebanyak 2 liter dan masukkan rumpai laut yang telah kembang tersebut, dan perlahankan api. Untuk mempercepatkan proses, potong-potongkan rumpai laut tersebut.
  4. Kacau sehingga ianya hancur/cair. Untuk mengurangkan bau hanyir, boleh masukkan 2/3 helai daun pandan.
  5. Apabila sudah cair sepenuhnya, biarkan sejuk dan ianya akan membeku seperti agar-agar dan bolehlah disimpan di dalam peti sejuk.
Rumpai Laut yang telah dikeringkan
Rumpai Laut yang telah mengembang setelah direndam selama 5-6 jam
 
Dipotong -potong ke bahagian kecil dan dimasak bersama daun pandan untuk mengurangkan bau hanyir
Rumpai Laut yang mula mencair

Tapis dahulu sebelum disimpan di dalam bekas.  Tekan-tekan pada penapis sehingga semuanya hancur.

Cara Pengambilan

  1. Boleh dimakan begitu saja seperti memakan agar-agar (2-3 sudu)
  2. Campurkan 2-3 sudu ke dalam minuman seperti sirap sarsi, oren, mangga dan dan jus buah-buahan
  3. Bagi yang menyukai umai, boleh dibuat umai..
  4. Campur dalam masakan
  5. Sapukan pada kulit muka sebagai masker
  6. Seeloknya dimakan sebelum tidur dan sebelum sarapan pagi
  7. Lagi elok jika dimakan bersama tablet vitamin-C
Rumpai Laut yang telah dimasak dan apabila sejuk, simpan di dalam peti sejuk

Rumpai laut yang telah menjadi jeli/agar-agar. 

Syarat pengambilan
  1. Lelaki ataupun wanita
  2. Ibu mengandung 4 bulan keatas sahaja dibenarkan
  3. Ibu menyusui bayi adalah TIDAK digalakkan
  4. Wanita berpantang selepas bersalin TIDAK digalakkan (dalam tempoh 3 bulan selepas melahirkan)
  5. Kanak-kanak berumur 2 tahun keatas sahaja
  6. Elakkan meminum kopi, teh dan minuman berkarbonat selepas 3jam mengambil gel rumpai laut ini.
  7. Banyakkan meminum air kosong.
Harga
1-4 paket 100gram = RM20.00  NOW RM17
5-9 paket 100gram = RM18.00 NOW RM15
1kg dan seterusnya = RM150 NOW RM 130

Pembelian 5 paket dan keatas, PERCUMA kos penghantaran.

Kepada yang berminat, Hubungi saya di talian 0198687669, tinggalkan email anda pada ruangan komen atau email terus kepada saya di ubukgubajan@gmail.com ataupun melalui whatapps untuk perbincangan.


No comments:

Post a Comment

Search Articles In This Blog